Antara Sejarah dan Mitos Epub à Antara Sejarah

Antara Sejarah dan Mitos ❰Reading❯ ➽ Antara Sejarah dan Mitos Author Ahmat Adam – Capitalsoftworks.co.uk Sulalat u’s Salatin atau Sejarah Melayu bersama sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan ban Sulalat u’s Salatin atau Sejarah Melayu bersama sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu Dihasilkan pada abad ke dan ke karya yang asalnya ditulis berperingkat peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan masing masing Antara Sejarah PDF/EPUB or telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke dan ke namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar benar wujud dalam sejarah Mungkinkah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu Buku Antara Sejarah dan Mitos yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar benar tokoh sejarah ataupun semata mata tokoh yang dimitoskan sahaja.

  • Paperback
  • 212 pages
  • Antara Sejarah dan Mitos
  • Ahmat Adam
  • Malay
  • 06 February 2016

4 thoughts on “Antara Sejarah dan Mitos

  1. Zawani Zawani says:

    Suatu kajian ilmiah yang sangat menarik dan kontroversi daripada Prof Ahmat Adam Dalam proses pembuktian sesuatu sejarah metodologi dan bahan yang dikaji sangat memainkan peranan yang penting Sejarah seharusnya bersifat objektiviti dan tidak memihak kepada sesiapa serta perlu dibuktikan dengan bukti yang sahih dan meyakinkan Mitos dan lagenda pula perlu dibezakan dan tidak wajar dicampuradukkan bersama sejarahDi dalam buku ini Prof Ahmat Adam cuba mempertikaikan beberapa kenyataan yang dikatakan sebagai 'sejarah' tentang Tanah Melayu; kewujudan Hang Tuah dan sahabatnya Metod yang digunakan oleh Prof Ahmat Adam lebih kepada metod filologi ilmu yang mempelajari bahasa dalam sumber sumber sejarah dan sumber utama yang dikaji adalah tulisan Sulalatus Salatin juga disebut sebagai Sejarah Melayu naskah Krusenstern yang tersimpan di Arkib Institut Manuskrip Oriental Saint Petersburg Rusia Naskah Krusenstern ini juga turut dibuat perbandingan bersama naskah yang lebih popular; naskah Raffles No18 naskah Shallebear dan Abdullah Munsyi Antara yang mengejutkan bukan sahaja kewujudan Hang Tuah dan sahabat sahabatnya sahaja yang diragui malah penulis asal kepada Sulalatus Salatin dalam kes ini merujuk pada Tun Seri Lanang juga turut dipertikaikan Menurut Prof Ahmat Adam kesilapan kesilapan besar dalam transliterasi karya Sulalatus Salatin ke dalam Bahasa Melayu moden peralihan daripada huruf jawi ke rumi umpamanya telah menyebabkan banyak istilah dan nama yang tersasar daripada makna sebenar Hal ini kerana banyak perkataan di dalam Sulalatus Salatin yang berasal daripada Jawa Kuno Kawi Ini menunjukkan betapa pentingnya penguasaan bahasa lama untuk mendalami dan mengkaji sejarah Beliau juga turut mengkritik sesetengah pihak yang menipu penemuan kononnya makam Hang Tuah di Tanjung Keling yang sebenarnya tidak pernah pun dibuktikan dengan kajian terperinci seperti kajian arkeologi tulang mahupun DNA Prof Ahmat Adam juga mengingatkan bahawa tidak wajar Sulalatus Salatin dianggap sebagai kitab sejarah kerana kewujudan banyak mitos seperti peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka puteri ini tidak pernah wujud dalam sejarah China kisah Wan Empu dan Wan Malini dan banyak lagi Sebaliknya karya Sualatus Salatin perlu dilihat sebagai karya sastera klasik dan bukannya kitab sejarah Buku ini saya kira antara buku wajib baca sekurangnya pada mereka yang ingin mengkaji lebih lanjut tentang kebenaran lagenda Melayu Hang Tuah supaya tidak senang senang menanggapi mitos sebagai sejarah

  2. Syahiran Ramli Syahiran Ramli says:

    Setiap ilmu mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri yang mana kita biasa faham dalam bidang agama; sesuatu hadith itu perlu melihat siapa perawinya dan sanad bagi menentukan ketulenansahih sebelum boleh dijadikan rujukan secara ringkas Tidak terkecuali dalam bidang sejarah sesuatu maklumatfakta perlu melalui beberapa tapisan contohnya salinan manuskripdokumen penemuan artifak dan sebagainya sebelum dapat diterima dan dijadikan sebagai fakta yang benarDi dalam buku ini penulis membawa pembaca untuk mengenal apa makna itu sejarah yang benar membuat perbandingan naskah Sulalatus Salatin Sejarah Melayu versi Krusenstern dengan versi Raffles Shellabear dan Abdullah Munsyi dan merungkaikan kekeliruan tentang kewujudan Hang Tuah sama ada figur tersebut benar benar wujud ataupun sekadar mitos sahajaBab yang menarik minat saya tentunya tentang persoalan kewujudan Hang Tuah itu sama ada betul betul pernah menjadi Laksamana kerajaan Melaka ataupun tidak Penulis menjelaskan bahawa penyalin Sejarah Melayu terdahulu melakukan kesilapan dalam merumikan tulisan asalnya iaitu jawi yang menyebabkan berlakunya salah faham tentang kewujudan Hang Tuah Sebaliknya penulis merungkaikan Hang Tuah ta wau ha disebut sebagai Hang Tuha dan Hang Toh sesuai dengan gelaran yang menjadi kepercayaan kepada Sultan Melaka bukannya nama asal Laksamana tersebutOrang dahulu pantang namanya disebut atau diberitahu pada orang ramai sementelah waktu tersebut orang menggunakan nama penuh untuk disihir kepercayaan menukarkan nama bagi mengelakkan sialsakit Begitulah juga nama Hang TuhaHang Toh bukanlah nama sebenar sebaliknya hanyalah gelaran yang muliaTerlalu banyak perkara baru bagi saya dalam buku ini yang saya kira cukup terhad untuk saya kongsi dan buku ini bagi saya wajar untuk dibaca bagi peminat sejarah utamanya

  3. Norziati Norziati says:

    ​Saya beberapa kali berpeluang mendengar Prof Emeritus Dr Ahmat Adam membentangkan kertas kerja tentang Hang Tuah dan Sejarah Melayu SM Sulalat al Salatin SS atau berkesempatan berada dalam seminar tatkala beliau hadir sebagai peserta yang setiap kali itu juga beliau akan bangun memberikan pandangan dan melontarkan kritikan Ramai tidak menyenangi cara Prof Emeritus Dr Ahmat Adam bersuara kerana caranya keras dan berbisa tetapi jika kita tahu 'hakikat semulajadi orang Melaka' apatah lagi terdidik di SOAS diperingkat MA dan PhD maka kita perlu tahu dari mana datangnya sifatnya yang tajam dan menghiris itu Karya terbaru beliau ini Antara Sejarah dan Mitos Sejarah Melayu Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia cuma menghuraikan satu sisi pandangan yang lain terhadap sejarah dan pensejarahan Hang Tuah yang bersumberkan naskhah Sulalat u's Salatin milik Krusenstern yang tersimpan di Arkib Institut Manuskrip Oriental di Saint Petersburg Rusia Naskhah ini disalin di Melaka pada 1798 oleh tiga orang penyalin atas permintaan seorang pelajar Rusia berketurunan Jerman yang berkhidmat dalam angkatan laut Inggeris Adam Johann Ritter von Krusenstern Ketika itu Krusenstern berada di Melaka dan mendapat tahu bahawa SM merupakan sebuah karya agung orang Melayu lalu berhasrat memilikinya sebagai hadiahProf Emeritus Dr Ahmat mempersembahkan buku ini kepada pembaca agar dapat menilai aspek aspek penting dan kaedah kaedah tertentu dalam membaca sejarah agar kita dapat membezakan antara mitos dan fakta Oleh yang demikian beliau memperhalusi bacaan terhadap naskhah Krusenstern supaya bacaan yang tepat dan kritis dapat dibuat terhadap perkataan perkataan yang selama ini telah dianggap tersalah baca sehingga berlaku banyak kesilapan mentransliterasikan naskhah SS yang ada Ini sekaligus membantu beliau membetulkan beberapa pandangan terhadap sosok Hang Tuah lalu meninjau persoalan mitos yang ditimbulkan melalui perbandingan dengan teks SMSS yang lain khususnya naskhah Raffles MS No18 yang dianggap naskhah tertua dan paling banyak dibicarakan sarjana Tidak hairanlah beliau mengemukakan pandangan bahawa ejaan Jawi bagi Hang Tuah twh bukan dibunyikan dengan 'tuah' tetapi 'tuha' atau 'toh' Sebab sebab mengapa patut dibunyikan begtu telah disampaikan dalam satu bab khusus diikuti dengan persoalan benarkah 'pahlawan Melayu' ini wujud Perlu diingatkan tulisan beliau sangat berbeza dengan personalitinya di luar yang keras dan tajam kerana buku ini dipersembahkan dengan teratur kemas dan tersusun sesuai dengan tujuan kajiannya iaitu mengetengahkan persoalan kebenaran sejarah dalam naskhah agung Sulalat u's Salatin khususnya dan cuba membicarakannya dalam konteks perbandingan antara historiografi dengan mitologi dua tema yang menyentuh hal yang membabitkan historografi Malaysia tradisional hal x Beliau turut mengemukakan pandangan terhadap tarikh pembukaan Melaka yang lebih awal berbanding 1401 dan makam Hang Tuah yang dikatakan terdapat di Tanjung Kling; pengaruh bahasa Jawa dan teks panji kebijaksaan pengarang Sejarah Melayu dan pantangan menyebut nama tabu perkataan yang menjadi satu persoalan besar yang dibangkitkan tentang nama Hang Tuah dan gelaran Laksamana serta gelaran pembesar yang lain Sesuai dengan sifatnya sebagai seorang sarjana sejarah Prof Emeritus Dr Ahmat berulangkali mengingatkan agar dapat membezakan antara dua disiplin iaitu sejarah dengan mitologi agar terhindar dari sebarang kekeliruan dalam membaca dan mentafsir sejarah Beliau memetik kata Ibn Khaldun yang terdapat dalam Mukaddimah sebagai panduan orang orang yang tidak berhak melibatkan diri dengan sejarahmemasukkan dalam buku buku mereka gosip yang tidak benar yang mereka fikirkan ataupun yang mereka reka secara bebas dan palsu

  4. Mat Jack Mat Jack says:

    Aku baca Sejarah Melayu edisi WG Shelabear Aku juga baca Sulalatus Salatin yang diselenggarakan Abdul Samad Ahmad Tapi aku tak pernah baca Sejarah Melayu yang dikatakan sebagai naskhah Krusenstern Dan buku Antara Sejarah dan Mitos Sejarah Melayu Hang Tuah dalam historiografi Malaysia yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Ahmat Adam ini menjadikan naskhah Krusenstern sebagai naskhah yang dirujuk Sejarah Melayu versi ini tersimpan di Arkib Institut Manuskrip Oriental di Saint Petersburg Rusia Naskhah ini dikatakan disalin oleh Haji Muhammad Tahir al Jawi Muhammad Zakat Long dan Ibrahim Jamrut pada tahun 1798 di Melaka Krusenstern ini ialah seorang pelayar RusiaSebenarnya aku tertarik akan buku ini kerana berlakunya polemik antara penulisnya dengan beberapa orang sarjana tempatan yang lain tentang berkaitan dengan kewujudan tokoh yang bernama Hang Tuah Profesor Emeritus Dr Hashim MusaBuku yang diterbitkan Strategic Information and Research Development SIRD ini secara anatominya dibahagikan kepada lapan bab Ia juga mengandungi Prakata yang ditulis oleh penulis senarai singkatan yang digunakan penghargaan kepada pihak pihak yang membantu penulis dan juga ortografi yang digunakan oleh penulis Selain itu pada bahagian akhiran buku ini dimasukkan glosari bibliografi dan juga indeks Dengan kata lain buku ini memenuhi kriteria untuk dimasukkan ke dalam kategori buku ilmiahPada Bab 1 buku ini yang bertajuk Apakah Sejarah? pengarang membicarakan secara ringkas tentang seputar definisi sejarah dan pensejarahan Dalam bab ini juga pengarang menyentuh tentang pensejarahan di Alam Melayu terutamanya yang melibatkan teksnaskhah yang menjadi sumber rujukan para sejarawan Beberapa buah teks hikayat Melayu dinyatakan oleh penulis untuk menguatkan hujah pembicaraan beliau dalam topik yang dibicarakan dalam bab ini Pada bab ini bolehlah dikatakan yang penulis ingin memahamkan pembaca tentang beberapa prinsip asas dalam ilmu sejarah dan pensejerahanBab 2 ialah Memperkenalkan Sejarah Melayu Naskhah Krusentern Pada bab ini penulis telah membandingkan Sejarah Melayu versi Shelabear Raffles dan Abdullah Munsyi Ada beberapa aspek yang telah dibandingkan oleh penulis Di sini disiplin filologi telah digunakan oleh penulis Perbincangan yang dibuat oleh penulis agak menarik dan disandarkan kepada beberapa fakta yang disimpulkan Dalam bab 2 ini Dr Ahmat Adam mendakwa yang beliau telah menyelongkar beberapa perkara yang selama ini terselindung dan tidak diketahui oleh orang ramai Berlakunya hal yang sedemikian kerana beliau mendakwa yang para pengkaji dan sarjana sebelum ini telah salah membawa huruf jawi bentuk lama yang lazimnya tidak mewajibkan penggunaan vokal dalam sesuatu perkataan yang dibicarakanPada Bab 3 penulis telah menajukkannya sebagai Tersilapkah Anda Membaca 'Sejarah Melayu' Selama ini? Bab ini sebenarnya berasal daripada kertas kerja yang telah dibentangkan oleh penulis di Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Seminar 400 tahun Sulaltus Salatin Sebenarnya secara keseluruhanya subjek yang menjadi perbicaraan oleh penulis adalah hampir sama dengan dengan subjek perbincangan dalam Bab 2 Penulis masih lagi mendakwa yang sarjana dan pengkaji Sejarah Melayu telah membuat transliterasi yang tidak tepat terhadap versi versi naskhah yang menjadi kajian mereka Dr Ahmat Adam yang menulis buku ini masih lagi mendakwa yang Sejarah Melayu versi Krusentern ialah naskhah yang paling hampir dengan teks asal Sejarah Melayu Bab 4 'Sejarah Melayu' sebagai Sumber Tarikh Pembukaan Melaka? membincangkan tentang penggunaan Sejarah Melayu sebagai sumber rujukan untuk menentukan tarikh pembukan Melaka Oleh sebab terdapat lebih 32 versi Sejarah Melayu terdapat juga perbezaan tarikh atau masa antara teks tersebut Perkara lain yang diberi perhatian oleh Dr Ahmat ialah tentang banyaknya mitos yang terdapat dalam Sejarah Melayu yang sekali gus menjadikan Sejarah Melayu tidak suci untuk dijadikan sumber rujukan sejarah Bab 5 bertajuk Mitos Makna dan Keindahan Dalam Teks 'Sejarah Melayu' Pada bab ini Dr Ahmat mendakwa wujudnya kelompongan dalam pentafsiran mitos yang terdapat dalam Sejarah Melayu Maksudnya para pengkaji yang sebelum ini telah memberi pentafsiran yang kurang tepat terhadap mesej atau perlambangan yang terdapat dalam mitos yang dimasukkan dalam Sejarah MelayuBab 6 ini merupakan bab yang paling menarik dan menarik banyak sarjana dan pengkaji untuk menyanggahnya sehingga menimbulkan polemik yang agak panas Bab ini bertajuk Betulkah Hang Tuah sic Wujud? Kewujudan simbol sic yang digunakan secara konsisten oleh Dr Ahmat pada hujung ejaan nama Hang Tuah sudah jelas menunjukkan pendirian yang dipegang oleh Dr Ahmat berkaitan Hang Tuah Antara fokus yang diberikan oleh Dr Ahmat dalam bab ini adalah tentang nama Hang Tuah itu sendiri Dr Ahmat telah membuat beberap argumentasi terhadap nama Hang Tuah Bagi beliau selama ini kebanyakan orang telah tersilap dalam menyebut nama Hang Tuah Bagi Dr Ahmat yang betulnya ialah Tuha yang bererti tua dan pemimpin Sekali lagi Dr Ahmat menegaskan kesilapan dalam membuat transliterasi terhadap twh Dr Ahmat berpandangan selain twh disebut tuha ia juga boleh disebut toh yang membawa maksud toh iaitu yang membawa erti taruhan atau petaruh seperti orang yang dijadikan taruhan dalam pertempuran atau pertandingan Selain hujah yang di atas Dr Ahmat juga menolak kewujudan Hang Tuah dengan berhujah bahawa tiadanya kosa kata tuah dalam mana mana teks sastera Melayu lama Beliau berhujah bahawa kata yang membawa maksud keuntungan tuah atau nasib baik dalam teks yang lebih tua ialah bhagya bahagya atau bahage Selain itu Dr Ahmat juga mendakwa nama nama sahabag Hang Tuah yang lain iaitu Jebat Kesturi Lekir dan Lukewa dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah ditulis Hang Lekiu ialah pengaruh daripada Kawi cerita Panji dan juga pengaruh Mahabarata dan Ramayana Premis hujah yang digunakan oleh Dr Ahmat ialah dengan memberi makna bagi setiap nama sahabag Hang Tuah itu dan kemudiannya mengaitkannya dengan cerita Panji atau Kawi Selain itu Dr Ahmat juga menyusun hujahnya dengan mengaitkannya dengan pengaruh daripada cerita cerita Panji Pada bab ini Dr Ahmat Adam dengan tegas mengatakan yang watak Hang Tuah ini sebenanya tidak wujud Ia hanyalah watak ciptaan penulis Sejarah Melayu yang bertujuan antaranya adalah untuk mengangkat imej Sultan dan kerajaan Melaka Selain itu watak ini dicipta bagi menunjukkan yang orang orang Melayu sangat taat akan raja mereka dan sanggup melakukan apa apa sahaja hatta membunuh sahabat baik sendiri Cuma yang agak menariknya Dr Ahmat secara tegas menolak akan kewujudan seorang tokoh berjawatan Laksamana yang bernama Hang Tuah tetapi beliau tidak menolak akan kewujudan Laksamana tersebut Cuma bagi Dr Ahmat Laksamana itu bukannya bernama Hang Tuah tetapi seseorang yang tidak dapat dikenal pasti namanya dengan jelas Pada Bab 7 Nota Ringkas tentang Makam Hang Tuah sic Dr Ahmat dengan tegas wujudnya apa yang didakwa sebagai kubur atau makam Hang Tuah Bahkan secara sinis Dr Ahmat mendakwa penemuan kubur sahabat sahabat Hang Tuah yang lain di Melaka itu didorong oleh faktor pelancongan iaitu menambahkan tempat pelancongan yangboleh dilawati oleh para pelancong Tentang kubur Hang Tuah yang didakwa ada di Tanjung Keling Dr Ahmat menuntuk bukti yang lebih kukuh dan berwibawa dan bukannya setakat mendakwa yang itu ialah kubur Hang tuah Malah ada orang tempatan yang mendakwa dia pernah mendengar cerita yang dituturkan dari mulut ke mulut yang kubur tersebut ialah kubur seorang orang pedagang Gujerat Malah Dr Ahmat juga menolak hujah hujah yang dikemukakan oleh Prof Dr Nik Hassan Suhaimi yang mengatakan kubur tersebut ialah kubur Hang TuahBab 8 ialah bab kesimpulan yang dikemukakan oleh Dr Ahmat Adam Beliau menyimpulkan hujah hujahnya pada bab ini Secara keseluruhannya buku yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Ahmat Adam ini sangat menarik untuk dibaca Yang paling menariknya ialah walaupun beliau menolak akan kewujudan tokoh yang bernama Hang Tuah tetapi beliau tidak pula menolak akan kewujudan seorang Laksamana tetapi yang pastinya ia bukannya Hang Tuah Cuma yang menjadi sedikit tanda tanya dalam hati aku ialah Dr Ahmat menolak akan laksamana itu bernama Hang Tuah tetapi seorang tokoh lain yang tidak dikenal pasti namanya Tapi pada kebanyakan argumentasi Dr Ahmat secara konsisten menolak kewujudan Hang Tuah dan ini sebenarnya sekali gus Dr Ahmat juga menolak kewujudan tokoh laksamana yang lain itu Misalnya Dr Ahmat menolak bahawa kubur yang ditemukan di Tanjung Keling itu sebagai kubur Hang Tuah tetapi kenapa Dr Ahmat tidak pula berhujah bahawa itu kubur laksamana yang menjadi misteri bagi Dr Ahmat sendiri? Dalam hujah hujahnya dalam hal ini seolah olah memperlihatkan Dr Ahmat juga turut sama menolak kewujudan laksamana yang menjadi misteri kepada beliau Selain itu hujah yang diguna pakai oleh Dr Ahmat tentang aspek transliterasi twh sebagai tuha atau tua atau toh juga agak longgar Beberapa aspek lingusitik sejarawi dan aspek rekonstruksi sesuatu kata tidak digunakan oleh Dr Ahmat secara jelas Begitu juga apabila beliau tidak mampu membahagikan genre Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah secara tuntas Dr Ahmat ialah seorang sarjana sejarah tetapi beliau bukanlah seorang sarjana yang betul betul menguasai lingusitik sejarawi dan kesusasteran formalistik khususnya dalam mengkaji sesebuah teksnaskhah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *